KUCHING, 1 Sep - Tuan Haji Hilmy Haji Othman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) kelapan pada Jumaat.
Majlis Angkat Sumpah tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia dan disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.
Pelantikan tersebut adalah bagi menggantikan Datu Haji Junaidi Haji Reduan yang telah menamatkan perkhidmatannya selama 4 tahun sebagai Datuk Bandar DBKU pada 31 Ogos 2023. -Sarawakku
Sumber dari : Sarawakku